Assalamualaikum w.b.t,

Perkara diatas adalah dirujuk. Saya, syafiqah Nabilah dari Kumpulan Jetson Berhad, Eksekutif Sumber Manusia sebuah Syarikat yang beroperasi di Kuala Lumpur dengan ini berbesar hati untuk menawarkan tempat bagi program Latihan industri (Internship) kepada pelajar tahun akhir semester (Ijazah Sarjana Muda) di UNIMAP.

Untuk maklumat pihak tuan, terdapat tiga kekosongan bagi pelajar Latihan industri khusus bagi pelajar dalam bidang rubber, polymer, plastic & chemistry yang sesuai dengan kehendak industri di Malaysia dan secara tidak langsung pelajar juga dapat menerapkan ilmu yang mereka pelajari di universiti sepanjang mereka menjalani Latihan industri di sini kelak. Jawatan yang kami tawarkan kepada pelajar adalah di salah sebuah anak Syarikat kami, Kumpulan Jebco Sdn Bhd di Sungai Buloh, Selangor.

Sekiranya terdapat pelajar yang berminat untuk menjalani Latihan industri di Syarikat kami, pelajar tersebut boleh menghantar permohonan dengan melampirkan CV/resume dan surat daripada universiti kepada saya melalui email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau berhubung dengan saya dalam talian 03-21622282 ext 313 atau 017-6036621.

Kerjasama serta budi baik pihak tuan amatlah kami hargai.

Saya sudahi dengan ucapan jutaan terima kasih. 

Yang Benar,

Syafiqah Nabilah Shahrin

Eksekutif Sumber Manusia