Assalamualaikum dan Salam sejahtera Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya Fairuz, Hr Management Infra Holding Sdn Bhd, dan kami dengan sukacitanya ingin menawarkan peluang kepada pelajar UNIMAP untuk menjalankan latihan industri di syarikat kami Infra Holding Sdn Bhd. Tawaran ini bertujuan untuk memberikan pendedahan praktikal dan pengalaman kerja sebenar kepada pelajar dalam bidang yang mereka pelajari.
Kami percaya bahwa kerjasama ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Oleh itu, kami berharap agar pihak universiti dapat mempertimbangkan tawaran ini dan mengesyorkan pelajar yang berminat untuk menyertai program latihan industri ini. Bersama saya lampirkan poster sebagai rujukan tuan/puan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 017-2987172 (Encik Fairuz) atau emelkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Mohd Fairuz
(Human Resources Management)